PKP MENYUSAHKAN - ABANG AJI

Hari ini dah masuk hari ke 42, rakyat Malaysia melaksanakan perintah berkurung disebabkan masalah CONVID 19. Perintah berkurung ini, bagi mereka yang suka mengambil peluang untuk menganalisis akan natijah dari peristiwa ini, sudah tentu akan dapat melihat tentang pelbagai pengajaran yang timbul yang boleh dijadikan iktibar hidup  dalam diri masing-masing. Bagi rakyat Malaysia, jika kita lihat secara positif dari pelbagai sudut; seperti ekonomi, kerohanian, kekeluargaan, keagamaan terdapat banyak perkara yang mungkin baru kita sedari bahawa kita sebenarnya beruntung menjadi rakyat Malaysia.

Ini adalah kerana, secara peribadi, dan mungkin ada dikalangan pembaca yang bersetuju dengan Den, bahawa, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan TSMY yang diskong oleh YPDA dan dibantu oleh para Menteri Kanan serta golongan profesional seperti  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah dan barisan kepimpinan dan staf KKM telah melaksanakan program pengurusan Pandemik  COVIND 19 yang boleh dikategorikan jauh lebih baik dari negara-negara Barat seperti Amerika, United Kingdom, Itali, Sepanyol dan beberapa negara Eropah lain. Malaysia juga antara negara yang jauh lebih baik dari segi pengurusan Pandemik COVIND 19 di antara negara-negara lain dirantau Asia Tenggara.  Pendapat Den ini adalah berdasarkan kepada hasil pemantauan dan perbandingan yang Den lakukan mengenai pendekatan dan kaedah yang diambil pelbagai negara dalam mengendalikan kes penularan COVIND 19.

Sejauh mana kebenarannya bergantung kepada kaedah dan pendekatan yang diambil oleh setiap individu. Bagi Den, tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani isu Pandemik COVID 19 boleh diberi 5 Bintang - Tidaklah sempurna- tetapi cukup berkesan dan tidak menyusahkan dan membebankan rakyat - malah mungkin ada yang merasakan, terutamanya Den, bahawa langkah perintah berkurung ini, patut dilanjutkan lagi dua ke tiga bulan sehingga isu Pandemik COVIND ini benar-benar selesai dan boleh dikawal.

Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan warga tua di kampung, seperti rakan-rakan Den, tidak bersetuju dengan pandangan Den agar PKP ini dilanjutkan lagi. Den faham, rakan-rakan tua seangkatan Den mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk mereka berpendapat sedemikian. Mungkin mereka tidak bersetuju atas dasar, kebebasan pergerakan mereka adalah terbatas dan ramai dikalangan rakan-rakan Den ini yang berstatus, lebai, tok siak, Imam serta ahli jemaah tetap di masjid dan surau masing-masing. Kalau mereka berhujah dan berdebat mengenai ‘isu  PKP ini, Den rasa KJ atau Syed Saddiq pun tak boleh lawan dengan hujah-hujah yang diberikan oleh golongan ini. Walau pun mereka hanya duduk di kampung, dan kebanyakan dari mereka mengetahui hal-hal semasa hanya melalui berita arus perdana serta surat khabar selain dari semasa ‘sembang di kedai kopi’- tapi secara logik akalnya, inti pati hujah mereka juga ada kebenarannya dan bergantung dari sudut mana dilihat.

Ada seorang rakan Den, yang bertaraf Abang Aji umurnya lebih kurang Den, dan sudah nak masuk dalam kumpulan ‘atok kampung’ . Semasa Den berjumpa dengan beliau dan beberapa orang geng orang kampung, di masjid untuk membayar zakat, kami mengambil kesempatan untuk bersembang. Semasa itu, Abang Aji tadi  menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan kerajaan mengadakan PKP. Yang membuat beliau marah dan rasa tidak puas hati, sebagaimana yang Abang Aji ini luahkan pada Den adalah mengenai larangan untuk bersembahyang berjemaah di masjid. Antara alasan yang diberikan oleh beliau adalah; mengapa perlu  mengadakan larangan sampai ke tahap itu. Semasa beliau memberikan hujah mengenai mengapa beliau berkata larangan itu tidak patut, Den tidak bersuara dan hanya menganggukan kepala se olah-olah bersetuju dengan butiran hujahan beliau. Antara butiran hujahnya ;

“ Kerajaan tidak fikir ko, yang kebanyakan orang selalu datang ko mosojid nei, orang tuo-tuo, macam kito dan dah tontu hidup pun dah tak lamo. Ramadhan tahun dopan ontah ado nyawo lagi ontah tidak. Borilah peluang orang tuo-tuo macam kito ini nak ‘menambahkan amalan sebolom datangnya maut menjomput. Den tak kisah kalau kerajaan tak boei poei pasar malam ko, keluar kek supermarket ko, tapi yang den marah sobob nak ke mosojid pun dilarang. Orang tuo-tuo poei mosjid ini bukannya apo, memang situ tompek yang sepatutnya kito menghabiskan maso tuo kito. Ini tidak, kerajaaan bori alasan, takut kito kono domam Corola; Sebonarnya, kalau orang tuo macam kito kono domam korola, ko domom cocacola ko pun tak apo, - kalau dah sampai maso kito mati, kito akan totap mati. Apo yang kerajaan yang ghisau sangat, orang tuo macam kito mati. Mati tu memang pasti, apo yang ditakutkan sangat, sampai kerajaan ambik borek sangat.’ - Tu yang den tak pueh ati tu !”

Den mendengar hujah Abang Aji tersebut dengan penuh khusyuk, dalam masa yang sama, ada juga yang menokok tambah hujah Abang Aji  tadi. Katanya sambil menyokong hujah Abang Aji sebelum itu;

“ Apo kerajaan nak ghisau, orang yang kono domam corola ini kebanyakannya, akan susah bernafas, pasal kuman corolo ini sorang  saluran pernafasan dan paru-paru. Mano yang banyak isap gokok dari mudo sampai tuo macam kito, memang tinggi peluang untuk mati kalau kono kuman corola tu. Mano yang tidak hisap gokok dan paru-paru masih elok, biasonyo akan somboh. Jadi tak semestinya bilo kito kono domam corola ini, kito akan mati. Cubo tengok kes yang disampaikan oleh Ketuo Kesihatan hari-hari yang ado kek TV. Ramai jugak yang sombuh, dan yang mati tu kebanyakannya, dalam maso yang samo ado jugak penyakit kronik yang lain macam jantung, koncing maneh, darah tinggi’.

Sebaik sahaja tokoh-tokoh tersebut habis berhujah; mereka pandang Den, dan mungkin mereka rasa musykil kerana sepanjang penghujahan mereka, Den hanya senyum dan menganggukkan kepala seolah-olah setuju dengan pendapat mereka. Dari reaksi dan air muka mereka, seolah-olah mereka menunggu apa yang akan terkeluar dari mulut Den setelah mendengar keluhan dan hujahan mereka; Den pandang dan tenung mata lebai tersebut dan berkata;

“ Den setuju dengan pendapat abang aji, tapi Den lebih bersetuju dengan tindakan kerajaan. Sobab erhh, bilo kerajaan larang kito berjemaah di masjid, dio bukan buek sajo-sajo. Kerajaan mintak pandangan dan fatwa dari ahli agamo. Mungkin pasal larangan tersebut di dapati dapat membawa lebih baik dan memberi lebih kepentingan kepada maslahat umum, maka sebab itu kerajaan laksanakan arahan tersebut.”  Sambung Den lagi;

“ Sebenarnya kerajaan tak risau kalau orang tua-tua macam kita mati sebab kena demam corola tu; yang kerajaan ghisau pasal kuman corola tu sonang dan copek berjangkit; walaupun kalau kono kek orang mudo, mungkin orang mudo tu boleh hidup sobab dayo imunisasi mereko tinggi, tetapi ia akan menyebabkan banyak kesan sampingan lain, seperti mereka perlu dirawat, pihak hospital perlu menyediakan banyak lagi keperluan dan kemudahan perubatan untuk merawat mereka yang sakit.”

“ Cubo bayangkan  kalau satu orang yang ado virus corolo, dan dibiarkan terlopeh bergaul dengan orang ramai, dan disebabkan betapa cepat dan mudahnya kuman tu berjangkit; katokan, bilo sorang tu kono, lopeh tu io berjangkit kek 5 orang lain yang bergaul dengannya (Generasi Kedua), kemudian setiap sorang menjangkit ke 5 orang lagi (Generasi 3) kemudian ia berkembang macam MLM skim copek kaya  sampai generasi ke 10,11 dan sebagainya”

“Soal eaa, agak-agak berapo ramai rakyat Malaysia yang akan kono doman corolo in dalam maso seminggu kalau tidak dikawal maso PKP ini?”

 “ Nanti kojap, biar Den kiro pakai kalkulator.  5 gando 10 berapo ? tak ko dalam 9,765,625 orang boleh kono kuman corolo dalam maso; mungkin 2-3 hari. Cubo bayangkan pulak, kalau ia bergando menggikut sifir 10 gando 10 ? ..mau poei sampai 10 juta yang kono domam dalam maso seminggu, kalau sebulan berapo lak ? !.”

“ Agak-agak  eaa susah tak kerajaan nak bori rawatan kek semuo pesakit ini, semuonya dalam tempoh maso yang singkat?”

“ Agak-agak  agak cukup tak katil kek hospital nak jago semuo pesakit ini ? Itu tak ambik kiro lagi tontang kakitangan dan peralatan perubatan lagi. Itu baru ikut sifir gando 10, kalau dio berkombang dan berjangkit dengan kadar sifir gando 20 ? 30 ? 40 ? Macamano kerajaan nak buek ? Itu tak kiro yang mati laei ....baru kono domam ajo”.

“Lopeh nei , Abang Aji tengok CNN, kek amerika tu, dalam maso tigo  minggu dah lobih 50 gibu orang mati pasal kuman corola . Itu tak kiro yang disahkan sakit ado doket sejuta, semuonya dalam maso sebulan. Agaknya, kalau kek Malaysia laa, kerajaan tak buek PKP, ghaso-ghasonya pihak kementerian kesihatan dah bersedio ko nak terimo jumlah pesakit yang berduyun-duyun setiap hari?”

“Lopeh tu nak kono sediokan berapo banyak pulak escalator- alat bantuan penafasan. Lobai-lobai yang tukang mandi jenanzah pun tak dapak nak berihat, geng pengali kubor kek kampung yang dah tuo-tuo macam kito pun tak dapek nak berihat dan beribadah puaso dengan tonang!”

“ Manotak erh, kojap - kojap nak gali kubor sobab ado orang meninggal pasal domam corola. Pak Imam pun mungkin sebok nak kono baco talakin; silap-silap, kalau dah ghamai sangat tak mustahil nanti pak imam pun kono pakai tape rekorder, untuk mentalkin orang meninggal. Tak ko haru !

“ Pendek kato, macam nei laa, Abang Aji !, setiap langkah yang kerajaan buek tu, mereka dah ambil kiro pelbagai perkaro ; yang mano tidak musthail ado diantaranya kito atau ado orang yang akan raso terkesan akibat dari tindakan tersebut, macam PKP. Tapi macam Den cakap tadi, mungkin sobab ado maslahat umum, mako, terpakso laa beberapo isu lain diketopikan, macam tak buleh nak sembahyang kek masjid, tak buleh nak ke pasar ramadhan dan sebagainya. Yang bonarnyo eloklah, orang tuo macam kito kek kampung nei yang tak berapo faham dengan gambaran sebonar akibat kuman corola  nei, sorahkan kepado kerajaan. Kalau tak boto jalan ea...nanti biarlah Ketua kito Agong, TSMY, tok MUFTI, yang bori jawapan, bilo ditanyo, kenapo kito tak poei memeriahkan masjid pada bulan ramadhan tahun 2020 ; jawabkan ,

“Sobab eaa kono tanyo PM den pado maso tu, den nak poei; tapi diorang tak bori, kalau poei jugak diorang tangkap dan masuk dalam penjaro”

Sebaik sahaja Den , selesai berhujah, geng-geng Den tadi senyap sunyi dan diam, mungkin pasal malas nak bertekak. Beberapa minit kemudian, Abang Aji minta diri, untuk beredar. Lalu Den tanya;

“Bang Aji awat cepat sangat nak balik; kejap lagi dah nak zohor, kita tunggulaa, walaupun kita berlima; kita boleh buat jemaah zohor sekali.”

Abang Aji jawab ; “Laa, bukan tak nak, tapi den nak ke pokan kojap, nak ambik duit bantuan yang kerajaan beri, takut nanti ramai sangat orang, duit habis pulak”

Sebaik sahaja Abang Aji berkata demikian ; Den mengangguk sambil senyum dan memberi salam perpisahan kepada beliau ; tetapi dalam hati berkata;

“ Abang Aji..oh Abang Aji, tadi bukan main berdoga-doga marah kerajaan pasal tak bagi sembahyang jemaah di masjid; tapi bila ada peluang, berjemaah di mesin ATM lagi penting bagi dio . !!! Duit bantuan yang kerajaan bori, didulukan pulak dari peluang untuk berjemaah di masjid .!

That is life ! Apa yang tersurat tak semestinya sama dengan apa yang tersirat !

Moral of the story :  Redho dan bersabarlah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah ; mungkin ia ujian, mungkin ia kifarah, akibat dari perbuatan dosa kita sebelum ini- Kita mungkin tidak pasti apa hikmah di sebaliknya.

Selamat Berpuasa .

P/S - Cerita ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Ia merupakan kisah Den bersama rakan-rakan ilusi/imiginasi Den yang dikenali semenjak PKP dikuatkuasakan.