PENGAWAL KESELAMATAN & 'STRAY DOGS GUARDS'

Pertamo sekali Den nak mintak maaf, kepada rakan-rakan Den yang tak pueh hati, bilo Den memberi anologi konsep pengurusan operasi sekuriti di Malaysia hari ini tak ubah seperti konsep “ Stray Dogs Guards”. Kawan Den tak setuju bilo Den seolah-olah meyamokan ‘penugasan pengawal keselamatan’ seperti ‘anjing liar’. ! Kritikan ini timbul ekoran dari kenyataan Den dalam buku (E BOOK) Sistem Pengurusan Operasi Sekuriti P8.0 yang berbunyi...

“ Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, konsep dan kaedah kawalan sekuriti yang dilaksanakan di kebanyakan organisasi pada hari ini adalah tidak ubah seperti kawalan sekuriti yang dilaksanakan berasaskan kepada konsep “strays dogs guards”.[1] Pendekatan kawalan sekuriti yang berkonsepkan “strays dogs guards” ini, adalah merujuk kepada situasi di mana, tindakan yang diambil oleh seorang peladang yang berusaha untuk mengawal keselamatan ladang mereka dari gangguan kumpulan binatang liar seperti babi hutan dan sebagainya.

Peladang ini akan mengeksploitasi kehadiran anjing-anjing liar yang berada di kawasan persekitaran ladang tersebut. Beliau akan memberi makan anjing-anjing tersebut dan mengharapkan kehadiran anjing-anjing liar ini akan membantu untuk beliau untuk mengawal ladangnya dari gangguan binatang liar. Anjing - anjing liar itu akan hanya diberi makan secara harian tanpa di kawal selia dan ditabir urus dengan sewajarnya. Dengan kehadiran anjing-anjing liar itu, akan menyebabkan binatang-binatang liar seperti babi hutan tidak akan berani berada di kawasan ladang tersebut untuk mengganggu dan merosakkan tanaman yang berada di ladang tersebut. Bagi petani, kehadiran anjing liar tersebut sudah cukup untuk melindungi hasil tanaman beliau dari gangguan binatang liar, tanpa melibatkan sebarang kos yang membebankan.”

Pendekatan sebegini adalah merupakan satu fenomena biasa di dalam konteks industri pengurusan keselamatan di Malaysia. Biasanya sesebuah organisasi akan mendapat khidmat kawalan keselamatan dari pihak ketiga dan membiarkan syarikat kawalan keselamatan untuk melaksanakan tugas kawalan keselamatan perlindungan tanpa di kawal selia dengan sewajarnya.

Situasi menjadi lebih buruk lagi, apabila, syarikat kawalan yang berperanan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan, tidak dapat melaksanakan proses pengurusan operasi sekuriti secara sistematik dan komprehensif. Mereka akan hanya memastikan kehadiran anggota pengawal keselamatan supaya berada di kawasan yang telah ditetapkan.

Bagi Den inilah yang membezokan antara pembaca yang kategori ‘Chauffeur’ dengan kategori ‘ Max Planc’ sebagaimana yang pernah Den ceritakan dalam blog  KKK . Den harap kaan Den tu tak tersinggung dengan perbandingan yang Den berikan ini. Sebabnya Den nak beri dia faham dan tahu bahawa sebenarnya Den tidak pernah berniat nak membandingkan pengawal keselamatan kita sama seperti anjing liar. Secara simboliknya, Den mengguna pakaian analogi itu adalah untuk ‘memaklumkan, betapa teruknya sistem pengurusan operasi sekuriti yang di amalkan dinegara kita ini. Ia hanya sebagai satu analogi perbandingan bagi memudakan kefahaman dan tidak membawa maksud bahawa pengawal keselamatan adalah anjing liar. Jadi Den harap kepada mereka yang telah membeli buku terebut - jangan tersalah tafsir dengan ungkapan ‘stray dogs guards’.

Semasa Den bersama Direktorat Keselamatan, Projek Rapid, Pengerang, Johor, tugas utamo Den adalah memantau prestasi lebih dari 20 buah syarikat perkhidmatan kawalan sekuriti. Semasa tersebut Den dapati banyak syarikat yang tidak begitu ‘mahir di dalam melaksanakan sistem pengurusan operasi sekuriti ; malah ado juga Pengurus/Pegawai/penyelia  syarikat sekuriti yang kurang memahami mengenai proses-proses pengurusan operasi sekuriti seperti, melaksanakan analisa risiko dan ancaman sekuriti, menyediakan pelan sekuriti, melaksanakan audit  dan sebagainya. Atas sebab itu, pada peringkat awal projek , pengurusan operasi sekuriti  syarikat-syarikat kawalan tersebut adalah amat menyedihkan. Atas kesedaran itu, Den telah menulis buku SPOS P8.0 dengan harapan ilmu pengurusan sekuriti itu dapat dipelajari oleh semua pengamal industri perkhidmatan kawalan sekuriti.
Harapan Den adalah agar  semua syarikat perkhidmatan kawalan sekuriti tiada lagi mengamalkan konsep perkhidmatan kawalan sekuriti  seperti ‘ Stray Dogs Guards’ .

Lagipun tak terlintas di kepala Den nak menyamakan pengawal keselamatan sama seperti anjing liar, kerana jika Den beranggap begitu, Den yang terlibat secara langsung di dalam industri perkhidmatan kawalan sekuriti adalah Bos kepada anjing tersebut. Tak perlulah Den nak berhujah panjang mengenai isu ini lagi. Den rasa sudah cukup jelas penerangan Den mengenai isu ini. Stop it!

Buku tersebut sebenarnya, adalah ‘gedung ilmu’ bagi mereka yang terlibat dengan industri perkhidmatan pengurusan keselamatan. Ia menerangkan dengan mudah dan jelas segala proses yang berkaitan dengan industri kawalan keselamatan. Ia merupakan pertama kali ditulis dalam negara ini ! Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan pengurusan keselamatan sama ada sebagai penyelia, pengurus, pegawai - nasihat Den bacalah buku tersebut. Kalau tak nak keluar duit- pinjamlah kat kawan-kawan yang dah beli atau mintak terus dari Den - Insya Allah Den akan beri secara percuma bagi mereka yang merasakan ilmu itu terlalu mahal atau memang dia memerlukan tetapi membebankan dari segi kewangan. Sebabnya- jika buku ini, apabila dicetak nanti harganya akan menjadi berlipat ganda, sesuai dengan keringat, masa, kos  dan tenaga yang dicurahkan sepanjang 3 tahun 6 bulan untuk menulis buku tersebut .

Akhir sekali, Den nak nyatakan disini, ia adalah hakikat yang sebenarnya bahawa, konsep pengurusan sekuriti kita masih lagi jauh ketinggalan di belakang negara-negara maju. Ini adalah merupakan sumbang kecil Den untuk memartabatkan industri pengurusan sekuriti di negara ini . Sekurang-kurang bilo Den dah tiada nanti , kalau ada orang bertanya siapa yang menulis dan merangka  model Sistem Pengurusan Operasi Sekuriti - SPOS P 8.0 - tolong maklumkan bahawa ia adalah : DEN COMANDO.

 

 

 

 

[1] Ia merupakan satu analogi untuk memberi gambaran bagaimana kita hanya meletakkan pengawal untuk berada di lokasi kawalan tanpa mempunyai sebarang sistem pengurusan yang sistematik.