Dari KKK ke KKB- WE ARE MOVING !

Assalamualaikum Semua;

Terlebih dahulu Den minta maaf kepada rakan-rakan Den yang agak kecewa kerana,  Buku Terbaru Den Comando :  PERSEPSI DAN REALITI  hanya terdapat dalam versi E Book dan tidak di cetak dalam vesi buku fizikal biasa. Tak perlu Den beri alasan panjang lebar mengapa Den hanya keluarkan Versi E Book. Sebenarnya adalah buat masa ini Den tak mampu lagi.  Memang Den merancang semasa Den menulis dan nak jadikan buku, tapi bila sudah siap manuskripnya, Den tak mampu nak keluarkan kos yang agak tinggi untuk menerbitkan buku. Itu tidak termasuk lagi cabaran untuk menjualkannya. Cuba bayangkan setakat ini Den dah tulis empat buah  manuskrip buku ; kalau 4 manuskrip itu Den jadikan buku; satu buku paling minima yang perlu dicetak adalah 1,000. Semua ini melibatkan kos dan risiko yang tinggi bagi Den  buat masa ini memang tak mampu Den buek. Den harap lepas pada ini tak ada orang yang bertanya lagi dan faham, kenapa Den tak print dalam bentuk buku fizikal sahaja.

Dan yang keduanya, bagi yang berminat atau mungkin berhajat untuk melawat, singgah dan mungkin pada suatu hari nanti akan membeli di KIOSK eBOOK DEN COMANDO (Kiosk eBDC), Den sarankan kalau boleh ambil maso sikit, sementaro dah sampai ke webstore itu, tolong DAFTARKAN DIRI SEBGAI AHLI DAHULU. Mendaftarpun bukannya nak kono bayar atau susah sangat. Cuma maklumat asasnya. Ini adalah kerana, jika pada suatu hari nanti Tuan/Puan berhajat nak membli buku kat situ, ia akan lebih memudahkah proses untuk Tuan/Puan berbuat demikian. 

Buat masa ini sebarang pembelian di KIOSK  eBOOK  DEN COMANDO, hanya melalui transaksi "OffLine Banking", dimana pembeli perlu membuat pembayaran melalui bank terlebih dahulu (dan bukannya di KIOSK) dan kemudiannya hantar resit/bukti bahawa Harga Belian telah di deposit ke acc DEN CDO RESOURCES - DCR. Pihak  DCR akan menghantar download link dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembelian diterima. (Cara Mudah: Bank In Payment : Whatapss ke Den ;  Lepas itu  Den akan DOWNLOAD LINK) . Den sedang berurusan dengan pihak iPAY88 , untuk mendapatkan sistem pembayaran (Payment Gateway) yang lebih mudah. Den difahamkan bahawa proses itu  memakan masa di dalam 2-4 minggu. Semoga Allah permudahkan.

Yang ketiganya, Den nak maklumkan bahawa, Den nak jadikan KIOSK eBDC, tempat dimana Den nak buat koleksi karya-karya Den dan dilonggokan kat KIOSK tu. Den bercadang selepas ini, untuk menulis dengan lebih banyak lagi, kerana selama ini Den tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk berbuat demikian. Skop penulisan yang akan Den tumpukan adalah berkaitan dengan Pengalaman Den, serta Ilmu berkaitan 'hands on' skill dan kemahiran seperti Inteligent dan Spytrade Craft , Sistem Pengurusan Keselamatan, Penyiasatan, Maklumat berkaitan Undang- undang dan sebagainya. Pendek kata semua tertumpu pada skop Den semasa sepanjang penugasan Den semasa dalam ATM. Yang pasti InsyAllah, karya itu semuanya karya asli @DEN COMANDO. Sementara itu, Den nak menyeru kepada rakan-rakan Den yang berminat untuk menulis dan membuat buku mengenai pengalaman sendiri, Den cadangkan tulis aje lah, dan kemudian kalau tidak mampu nak terbitkan sebagai buku fizikal, buatkan aje E Book, dan Den secara terbuka mencadangkan agar buku hasilan nuikilan Tuan/Puan, diedarkan di KIOSK DEN COMANDO, pada charge yang paling minima.

Akhir sekali, Den nak maklumkan bahawa blog Komando Kodai Kopi, secara rasminya di tutup dan mulai dari sekarang, blog ini akan secara rasminya menjadi blog KOMANDO KODAI BUKU.  Terima Kasih keapda kawan-kawan yang memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung, sehingga  Den dapat mengadakan KIOSK eBOOK DEN COMANDO. SELAMAT DATANG KE KIOSK eBDC dan JANGAN LUPA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI, sebelum melayari KIOSK eBDC .

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.