ACHTUNG - FORCE MAJEURE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Den secara peribadi ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang telah membuat pre order  COMBO Buku MISI di Bumi Bosnia dan Menjunjung Bere Hijau -kerana buat masa misi buku MISI di Bumi Bosnia. – Saiz B5 – Warna ; yang digabungkan dengan buku MBH – Saiz A5 – Warna , tidak dapat disiapkan oleh syarikat pencetakan sebagaimana yang telah dijadualkan. Den difahamkan bahawa syarikat mereka berhenti operasi bermula dari 18 Mac 2020- 31 Mac 2020. Den telah difahamkan bahawa buku tersebut akan di siapkan  dalam minggu pertama bulan April 2020.

Sehubungan dengan itu ; kepada mereka yang telah membuat tempahan awal  package COMBO – RM 95.75 – mempunyai dua pilihan ;

A.        Menunggu sehingga  buku tersebut siap di mana dijangka pada minggu pertama April 2020.

B.         Membatalkan tempahan dan mendapatkan bayaran balik.

Bagi mereka yang memilih opsyen B -  membatalkan tempahan – anda hanya perlu menghantar email ke nazacdo @gmail dan menyatkan hasrat anda dan sertakan Nama No Accc dan Bank. Serta No ID Order  supaya ia boleh dikreditkan /di pulangkan semula – sila maklumkan jumlah termasuk harga pos yang telah tuan/puan bayar – tidak perlu sebarang resit pengesahan. Saya akan mengkreditkan semula jumlah yang telah di bayar dalam masa 48 jam selepas  menerima email/whatapss dari tuan puan . Saya secara peribadi memohon maaf di atas situasi ini dan berterima kasih di atas sokongan yang tuan/puan telah berikan. Masalah ini adalah dikategorikan sebagai ‘force majeur’ -  susulan dari arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Bagi mereka yang memilih untuk Opsyen A – Saya mohon maaf kerana terpaksa menunggu masa yang lebih lama. Semoga kesabaran Tuan/Puan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T

Dalam masa yang sama saya akan memulakan jualan buku Misi Di Bumi Bosnia  - Saiz A5 -Pocket – HITAM/PUTIH dan Menjunjung Bere Hijau – Size A5 – WARNA – sebagai Package - Ekonomi . Ini adalah kerana saya sudah mempunyai stok untuk package tersebut.