WORST VIRUS TO COME – VPH20 - BE PREPARED !

Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama  Islam, Den berpendapat kita semua perlu bersyukur dengan terbentuknya barisan pimpinan negara yang baru  yang diketuai oleh TSMY. Sebagaimana yang pernah Den katakan dahulu, bidang politik bukanlah sesuatu topik yang Den minati. Ini adalah kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Den cuba menjauhkan diri dari terlibat di dalam ‘kancah politik’. Secara peribadi, sebagai rakyat biasa, askar pencen yang duduk di kampung, ‘suara-suara’ kami agak sukar didengari oleh mereka-mereka yang berada nun di puncak gunung. Walau apa, ia bukanlah menjadi masalah kepada Den-dan kami tetap hidup sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Walau bagaimanapun, situasi politik pada hari ini sudah berubah. Hikmah dari kemelut politik yang berlaku sejak seminggu yang lalu telah  mula kelihatan. Pada hari ini kita dapat melihat terbentuknya barisan pimpinan kerajaan yang di dominasi oleh orang Melayu yang beragama Islam. Ini merupakan kali kedua di mana kita dapat melihat parti Melayu (UMNO dan PAS) membentuk gabungan (Muafakat Nasional-MN (#MUNAS- terms ini Den coined sendiri) sejak kemerdekaan negara. Permuafakatan ini telah mengujudkan hubungan kerjasama antara dua parti utama yang didominasi oleh orang Islam /Melayu. Ini merupakan satu langkah penting bagi menjamin kelangsungan kuasa politik terus berada di tangan orang Islam/Melayu/Bumiputera. Kita juga patut bersyukur bahawa gabungan ini, telah juga mendapat sokongan dari parti-parti politik bumiputera seperti PPBM dan juga dari rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak.

Den faham, ramai yang beranggapan atau sudah termakan dengan dakyah yang dicanangkan oleh “pembangkang” dan PH, mengenai kewujudan barisan pucuk pimpinan TSMY dan barisan kabinetnya sebagai Kerajaan Pintu Belakang, Kerajaan Pengkhianat, Kerajaan yang merampas Mandat Rakyat dan pelbagai lagi tohmahan. Den berpendapat kita tidak  perlu  bertekak dan cuba menyangkal dakwaan tersebut, kerana ia hanya membuang masa, tenaga dan tidak akan membawa sedikit pun faedah kepada kita. Den mempunyai 1001 hujah yang boleh menyangkal dakwaan tersebut, tapi Den tak mahu membuang masa bertegang leher – bagi Den mudah ;

 

Bagi Den ‘isu tersebut’ adalah tidak relevan dan tidak akan dapat mengubah situasi sekarang. Kita perlu terus maju ke hadapan dan memikirkan sebagai seorang rakyat Melayu/Islam – apakah yang boleh kita buat untuk memastikan “acuan barisan kepimpinan sekarang” – yang majoritinya di kuasai oleh orang ‘kita’ untuk terus kekal memerintah negara. Perlu diingat bahawa ‘barisan kepimpinan yang diketuai oleh TSMY’ – adalah merupakan satu ‘proto type – bentuk kerajaan yang kita-sebagai Islam/Melayu, kehendaki terus berkuasa mentadbir negara ini.

Den faham dan tahu, bahawa, terlalu banyak cabaran yang akan diharungi oleh TSMY dan pimpinannya pada masa  ini sehingga tibanya PRU 15. Dalam jangka masa lebih kurang 2 tahun 6 bulan ini-akan terdapat pelbagai cabaran dari segi ekonomi, pembangunan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang harus ditangani oleh mereka. Dalam masa yang sama, segala tindak tanduk mereka akan sentiasa berada di bawah ‘radar’- dan ‘fault finding indicator’ bukan sahaja dari rakyat jelata – malah dari pihak Pembangkang. Setiap gerak geri dan langkah yang diambil pasti akan dikritik, dicemuh dan dipersoalkan – terutamanya oleh kumpulan gerakan propaganda pihak pembangkang. Apa sahaja yang  boleh dijadikan bahan cemuhan, kutukan, kritikan akan dimanupulasi dan di eksploitasi sepenuhnya bagi menimbulkan persepsi negatif rakyat sama ada kepada pihak yang memerintah ataupun individu yang berada di pucuk pemerintahan. Perkara ini Den jangkakan pasti akan berlaku. Dan fenomena ini Den namakan sebagai penyebaran/serangan. “VPH 20” -nama penuhnya ‘Virus PigHead 2020’ . Rasionalnya mereka yang terpengaruh dengan dakyah ini, akan menerima bulat-bulat apa yang disampaikan - seolah-olah khinzir yang suka menyondol secara membabi buta! Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Bagaimana kita  boleh mengharungi dan mengatasi cabaran ini?

Secara teorinya, ada dua pendekatan yang terlintas di dalam fikiran Den pada ketika ini. Sama ada pendekatan ini berjaya atau tidak, hanya Allah yang tentukan dan masa serta ketikanya akan membuktikan. Apa yang penting adalah kita berusaha, secara jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari segi material, kuasa dan pangkat dan cukuplah sekadar Allah meredai usaha kita sebagai seorang rakyat Islam/Melayu yang berjuang untuk mempertahan, memartabat dan menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pendekatan yang Den ingin cadangkan adalah agak kompleks dan memerlukan perancangan terperinci. Kalau ia hendak di terangkan satu per satu; mungkin ia akan menjadi status  sebuah buku dan tidak sesuai di medium ini. Secara konsepnya ia adalah tindakan seiringan yang melibat tindakan propaganda, counter-propaganda dan gerak saraf - atau dalam bahawa istilah yang biasanya Den gunakan adalah – Pengurusan Persepsi ! Perkara ini akan dibincangkan dari masa ke semasa di dalam siri-siri artikel yang akan datang.

Sebagai rakyat yang menyokong ‘kerajaan prototype – pasca PRU 15’ Den akan kongsikan peranan yang boleh kita mainkan bagi membantu kita menghadapi serangan propaganda yang sedang dan bakal dilaksanakan secara bertali arus dan halus oleh pihak PH bagi menjatuhkan reputasi, kredibiliti pucuk pimpinan kerajaan sekarang. Adalah penting untuk kita mempertahankan kredibiliti dan reputasi  kerajaan sekarang, kerana ia merupakan ‘kerajaan yang paling ideal untuk sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang mana majoritinya adalah beragama Islam’. Kita telah diperlihatkan bagaimana rakus dan egonya, kaum chauvinist imigran yang dengan sengaja  memperlekehkan agama Islam, hak-hak Melayu dan Bumiputera, apabila mereka berkuasa. Hanya dalam masa 22 bulan, mereka menguasai pucuk pemerintahan negara; telah banyak kerosakan yang berupa penghakisan hak-hak kita sebagai penduduk bumiputera diperlakukan oleh mereka. Apakah kita masih tidak sedar atau sememangnya mata kita telah di kaburi dengan ‘wayang-wayang dan opera cina yang telah mereka mainkan!

Apa yang Den dapat rasakan, halangan utama yang harus kita atasi adalah, menghapuskan perasaan hasad dengki, iri hati dan sakit hati kita terhadap beberapa pemimpin Islam Melayu yang telah ‘mengkhianati kita demi untuk kepentingan diri’ semasa mereka berada di pucuk pimpinan.’ Ada juga dikalangan mereka, yang terang-terangan mementingkan tembolok sendiri dan survivaliti politik sendiri sehingga sanggup mengetepikan kepentingan umum rakyat Islam/Melayu. Bagi Den, biarlah mereka, jika mereka berdosa, biarlah mereka tanggung sendiri. Akan sampai masa dan ketikanya mereka akan menerima balasan yang setimpal dengan usaha dan tindakan mereka, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Sesungguhnya janji Allah itu benar ! Bagi Den, perkara itu biarkanlah mereka selesaikan dengan Allah !

Kita sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar dari itu, ia itu untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini. Kita harus meletakkan Islam di tempat dan landasan yang sebenarnya, kerana, itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Kita mungkin tidak mampu untuk mencapai tahap ustaz atau ulama atau sebagai pemerintah dan pemimpin untuk memartabatkan Islam, tetapi sebagai seorang Muslim, kita pasti mampu untuk melakukan sesuatu bagi membantu ke arah itu. Kalau kita tidak  mampu menjadi tiang seri kepada sebuah masjid, jadilah sebagai penggalas kaki di tangga masjid pun sudah memadai ! Kalau kita tidak mampu untuk membaca khutbah di hari Jumaat, kita jadilah makmum yang membentang sejadah pun sudah memadai ! Walau sekecil mana pun kemampuan kita, lakukanlah demi untuk memartabatkan syiar Islam di bumi Malaysia.

Apa yang penting sekarang kita semua mesti bersatu sebagai rakyat Islam/Melayu untuk memastikan kuasa pemerintahan negara ini akan terus kekal di tangan kita. Cukuplah, tempuh 22 bulan yang lalu memberi pengajaran kepada kita, apa akan terjadi kalau kita Islam/Melayu hilang kuasa. Ayuh kita pastikan pasca-PRU 15 nanti , #MUNAS akan berjaya membentuk kerajaan. Sebelum ia boleh menjadi kenyataan, kita hendaklah berusaha membantu untuk memastikan bahawa ‘kerajaan proto type-pasca-PRU 15’ ini -untuk terus kekal memerintah sehingga PRU 15. Sebagai rakyat biasa, kita harus bersedia dan memperlengkapkan diri untuk memerangi ‘serangan VPH 20’ yang akan cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan TSMY dengan ilmu-ilmu counter-propaganda, yang mana Insyallah akan Den kongsikan di dalam artikel yang akan datang !

Buat masa ini, jika anda terbaca, terdengar dan terlihat dalam apa-apa juga medium yang memburukkan-burukkan kerajaan yang memerintah atau individu yang menjadi pemimpin kerajaan-buatlah suatu analisis  yang jujur  dan cuba fahami apa matlamat maklumat tersebut disebarkan. Jika ia akan menyebabkan anda merasa marah, geram, benci dan irihati terhadap individu atau organisasi yang menjadi subjek berita tersebut; bermakna, anda telah terkena “VPH20” – apa yang anda perlu lakukan jika anda menyedari perkara ini adalah – beristighfarlah -  mohon Allah memberi petunjuk! Dan yang paling PENTING – JANGAN SHARE/KOMEN- SAMADA SOKONG ATAU TIDAK/ -  kerana ia adalah racun kepada VPH20 itu- jika ramai yang bertindak begitu, ia tidak akan tersebar jauh dan akan mati di situ – tetapi – jika anda memberi respons bermakna anda merupakan pemangkin untuk menyebabkan berita itu menjadi lebih provokatif dan jika anda ‘SHARE’ – maka anda adalah ‘courier VPH 20’ – anda tergolong di dalam kumpulan yang berusaha memberi persepsi negatif terhadap subjek tersebut ! Sebaik-baiknya janganlah kita berburuk sangka setelah mengetahui berita tersebut sebelum kita benar-benar mengetahui fakta yang sebenarnya .

Seperti firman Allah dalam (QS. Al-Hujurat:12) :

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

 

Dalam sebuah hadits dikatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda :

“Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim sewaktu didunia, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat” (HR. At-Tirmidzi)

 

@DEN COMANDO